Jumaat, 19 Ogos 2016

2.1 Sejarah Penggubalan Perlembagaan

·      Tahun 1954, rundingan kemerdekaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal. British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan sepenuhnya.
·      Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan kali kedua di London untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara. Serta membincangkan tentang Perlembagaan Persekutuan.
·      18 Januari hingga 6 Februari 1956 berlaku rundingan dan dikenali sebagai London Constituitional Conference 1956.
·      Hasilnya, British setuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas bagi membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.





Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang da bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah di Perlembagaan Malaysia lahir serentak dengan kelahiran negara Malaysia pada tahun 1963 yang lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina di atas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak malaya merdeka sehingga lah Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.

*Video url: Proses Penggubalan Undang-Undang

        https://www.youtube.com/watch?v=lRK9riiphxE 

2.2 Konsep Keluhuran Perlembagaan





Konsep Keluhuran Perlembagaan
·      Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).
·      Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
·      Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.
·      Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Tujuan
Mewujudkan pemerintahan yang adil
·      Perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum.
·      Memastikan keadilan ekonomi antara kaum turut memelihara hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
·      Pembentukan integrasi antara kaum untuk bersatu padu dan setia kepada negara.

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
·      Yang di-Pertuan Agong dan sistem pemerintahan kerajaan terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan esukutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
·      Perlembagaan Persekutuan panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintahan berdasarkan Perlembagaan.
·      Menjamin keadilan, kecekapan, dan ketelusan sistem pemerintahan.
·      Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan.

Menjaga keamanan dan kestabilan negara
·      Sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara.
·      Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
·      Perubahan pemimpin tidak akan mengubah corak pemerintahan.
·      Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada dikriminasi.

Ciri-Ciri Perlembagaan
·      Kestabilan dalam pemerintahan-Pemerintahan melaksanakan tatacara lazim yg menjadi kebiasaan umum dan rakyat dapat mengambil bahagian dlam pembangunan negara.
·      Tanggungjawab  atas rakyat-Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan utk bertindak.
·      Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.
·      Pembahagian kuasa-Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar.
·      Kerajaan bersifat terbuka-Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.

Rukun Negara

       Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.


  •      Keluhuran Perlembangaan m'rupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yg ke-3.
  •      Keluhuran Perlembagaan bermaksud k'tinggian perlembagaan & ketertinggian undang-undang.
  •      Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sbagai undang-undang tertinggiyg m'jadi sumber & punca kpda semua undang-undang.
  •      YDPA serta sistem pemenrintahan kerajaan yg terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
  •      Melalui konsep ini, tidak t'dapat institusi yg mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sbgai perlindung kpda rakyat.
  •      Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  •      Badan berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
     Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

Peranan & Kesan Perlembagaan Malaysia
Mewujudkan pemerintahan yang adil
          Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.

Mengekalkan riwayat negara bangsa
         Pembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.

Menjaga kestabilan negara
         Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.

Alat peyelesaian masalah
         Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Bahkan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorng warganegara adalah berasaskan perlembagaan.



Kepentingan Perlembagaan Persekutuan
       
       Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

       Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

*Video url : Keluhuran Perlembagaan
https://www.youtube.com/watch?v=Vo7xOPmPf18

2.3 Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia



Bab ini akan membincangkan tentang peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu membincangkan hak asasi kebebasan individu.

Pengenalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.


Bahasa
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.

Agama
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan,agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:

1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga

2. Adat istiadat Melayu

3. Wakaf

4. Fitrah

5. Zakat

6. Baitulmal

7. Masjid

8. Mahkamah Syariah

Kewarganegaraan

Peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara, iaitu:

1. Secara kuat kuasa undang-undang

2. Secara pendaftaran/permohonan

3. Secara masukan/naturalisasi

4. Secara cantuman wilayah



Hak Istimewa Orang Melayu

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam.

2. Bertutur bahasa Melayu.

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah:

1. Perkhidmatan awam 

2. Ekonomi

3. Pendidikan


Hak Asasi
Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut: 

1. Kebebasan diri


2. Keabdian dan kerja paksa


3. Kesamarataan di sisi undang-undang


4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak


5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan


6. Kebebasan beragama


7. Kesamarataan dalam pelajaran


8. Hak untuk berharta


9.Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.


*Video url : Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=ZlB6NauWOPU 

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14-18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada  orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang bekaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara merekan. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.




      Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina danIndia. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara.
          
      Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.
          

     Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.
          

     Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
           

     Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.
             

     Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.
            

     Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.
             

     Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.

*Video url : Kontrak Sosial
https://www.youtube.com/watch?v=ttQZDIUFTsY

Kesimpulan

Kewujudan perlembagan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam perjalanan pemerintahan di negara ini. Walaupun Perlembagaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana, sejarah pembentukkan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan semua kaum.

Rujukan
-Buku Teks Pengajian Am
-Cidos
-Internet
-Youtube
-Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 & 4

Pengajaran
Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami perolehi hasil daripada penulisan yang telah kami jalankan ini. Pengajaran dari kesan daripada penulisan ini sangat sesuai untuk dijadikan pedoman serta panduan bagi seluruh rakyat di negara Malaysia agar konsep keluhuran Perlembagaan ini dapat menjamin keharmonian serta perpaduan yang utuh serta erat dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia ini.

Antara pengajaran yang telah kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah kita perlulah mengamalkan konsep bertolak ansur sesama anggota masyarakat. Sikap tolak ansur ini perlu diperkukuhkan agar ketenteraman dan kemakmuran negara serta kaum dapat dijalankan dengan lebih erat lagi.

Kesan yang kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia terjamin dan tidak tergugat dengan pelbagai anasir jahat yang datangnya dari luar. Oleh itu, penghayatan yang kukuh terhadap konsep Keluhuran Perlembagaan oleh masyarakat di Malaysia perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia.

Soalan Pengukuhan
1- Nyatakan tiga perkara yang pernah dipinda dalam Perlembagaan.

2-Rukun Negara Malaysia yang ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan?

3-Senaraikan beberapa ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.

4-Apakah tujuan pindaan perlembagaan dilaksanakan?