Jumaat, 19 Ogos 2016

2.2 Konsep Keluhuran Perlembagaan





Konsep Keluhuran Perlembagaan
·      Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).
·      Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
·      Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.
·      Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Tujuan
Mewujudkan pemerintahan yang adil
·      Perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum.
·      Memastikan keadilan ekonomi antara kaum turut memelihara hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
·      Pembentukan integrasi antara kaum untuk bersatu padu dan setia kepada negara.

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
·      Yang di-Pertuan Agong dan sistem pemerintahan kerajaan terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan esukutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
·      Perlembagaan Persekutuan panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintahan berdasarkan Perlembagaan.
·      Menjamin keadilan, kecekapan, dan ketelusan sistem pemerintahan.
·      Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan.

Menjaga keamanan dan kestabilan negara
·      Sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara.
·      Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
·      Perubahan pemimpin tidak akan mengubah corak pemerintahan.
·      Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada dikriminasi.

Ciri-Ciri Perlembagaan
·      Kestabilan dalam pemerintahan-Pemerintahan melaksanakan tatacara lazim yg menjadi kebiasaan umum dan rakyat dapat mengambil bahagian dlam pembangunan negara.
·      Tanggungjawab  atas rakyat-Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan utk bertindak.
·      Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.
·      Pembahagian kuasa-Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar.
·      Kerajaan bersifat terbuka-Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.

Rukun Negara

       Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.


  •      Keluhuran Perlembangaan m'rupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yg ke-3.
  •      Keluhuran Perlembagaan bermaksud k'tinggian perlembagaan & ketertinggian undang-undang.
  •      Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sbagai undang-undang tertinggiyg m'jadi sumber & punca kpda semua undang-undang.
  •      YDPA serta sistem pemenrintahan kerajaan yg terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
  •      Melalui konsep ini, tidak t'dapat institusi yg mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sbgai perlindung kpda rakyat.
  •      Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  •      Badan berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
     Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

Peranan & Kesan Perlembagaan Malaysia
Mewujudkan pemerintahan yang adil
          Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.

Mengekalkan riwayat negara bangsa
         Pembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.

Menjaga kestabilan negara
         Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.

Alat peyelesaian masalah
         Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Bahkan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorng warganegara adalah berasaskan perlembagaan.



Kepentingan Perlembagaan Persekutuan
       
       Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

       Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

*Video url : Keluhuran Perlembagaan
https://www.youtube.com/watch?v=Vo7xOPmPf18

4 ulasan:

  1. Awang Najib Farhan bin Awang Alim
    5S1 .Izinkan mencopy untuk dijadikan rujukan kerja rumah.
    Tq

    BalasPadam
  2. bermanfaat....huraian agak baik
    terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam